Pada 23 Januari 2025, diadakan majlis ulang tahun sempena genap 28 tahun penubuhan syarikat Infra Quest Sdn Bhd
Dan pada 31 Disember 2024 yang lalu Tn Hj A’sri bin Che Ali telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi .Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan kepada syarikat IQSB.
Majlis diraikan di Dewan Residensi Troika. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Sr Haji Zamri Bin Haji Ismail merangkap Pengerusi Eksekutif IQSB.
Didoakan semoga IQSB terus berjaya dalam memangkin ekonomi di negeri ini.





