Selamat Berkunjung ke Laman Rasmi Infra Quest Sdn Bhd

Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) adalah sebuah anak syarikat milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) iaitu salah sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) IQSB mula beroperasi pada 23hb Januari 1997 dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2001 sehingga kini.

Visi

Untuk menjadi pemberi kemudahan rangkaian yang sangat baik dan pemain ternama dalam industri telekomunikasi.

One Stop Agency(OSA)

Dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai One Stop Agency pada 2hb Oktober 2003 di mana ianya bertindak sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi di negeri Kelantan.

Kedudukan Menara

Memamerkan kedudukan Menara IQSB berdasarkan jenis menara.

ASCII Line Sdn Bhd

Ascii Line Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat milik penuh Permodalan Kelantan Berhad (PKB). Pada awal penubuhannya, Ascii Line Sdn Bhd diwujudkan bagi mengendalikan sistem komputer di seluruh syarikat anak dan unit business PKB disamping mencari peluang perniagaan di pasaran terbuka. Pada awal tahun 2003, Ascii Line Sdn Bhd telah menukarkan haluan operasinya dengan menjadi sebuah syarikat kontraktor pembinaan.