Pengenalan

Infra Quest Sdn Bhd telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai One Stop Agency (OSA) pada 2hb Oktober 2003 di mana ianya bertindak sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi di negeri Kelantan.

Infra Quest Sdn Bhd bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua menara-menara telekomunikasi yang dibina di seluruh negeri Kelantan mematuhi garispanduan dan akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.