Khamis, 9 Julai 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak cadangan pembinaan struktur telekomunikasi di sekitar Gua Musang, Kelantan.
Selain itu, kami juga melakukan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Gua Musang serta Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang bagi membincangkan beberapa rancangan kerjasama antara dua hala dalam Jajahan Gua Musang. Turut serta dalam lawatan ini Tn Hj Saufi Abdul Razak (Pengarah Ascii Line Sdn Bhd)
Semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

