KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 16 Mac 2021 – Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini. Turut hadir dalam kunjungan ini Pengarah IQSB, En. Che Din bin Mustapa dan anggota pengurusan IQSB.
Dalam pertemuan ini, Pengurus Besar mewakili IQSB menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang mengenai cadangan pembinaan struktur telekomunikasi yang telah dikenalpasti di Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara IQSB dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.
        Mungkin imej 4 orang, orang duduk dan orang berdiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.