KUNJUNGAN HORMAT IQSB KE IBU PEJABAT NEGERI, SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM KELANTAN)

Ahad, 17 Safar 1442H / 5 Oktober 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bandar Baru Tunjong.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar IQSB, Tuan Haji A’sri Che Ali dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Kelantan. Pada kunjungan ini juga diadakan perbincangan dan pertukaran pendapat bagi melancarkan semua perancangan serta pengurusan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini, selaras dengan matlamat SKMM di peringkat persekutuan.

Didoakan semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *