IQSB SUMBANGKAN VAN KEPADA HOSPITAL USM, RINGANKAN BEBAN PESAKIT PEDIATRIK OKU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Januari 2024 – Prihatin dan cakna dengan kesukaran pesakit kurang berkemampuan khususnya golongan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), IQSB berbesar hati menyumbang sebuah van kepada Hospital USM melalui Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU).

May be an image of 17 people, hospital and text

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Mantan Presiden PADU, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah kepada Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan disaksikan oleh wakil IQSB En Abdul Muhaimin Abdullah dan En Azmadi Omar.
Van bernilai RM186,500 itu merupakan sumbangan Infra Quest Sdn. Bhd. bertujuan membantu meringankan beban pesakit pediatrik (kanak-kanak) OKU dalam kalangan B40 untuk datang mendapatkan rawatan di Hospital USM.
Van tersebut telah diubah suai untuk kegunaan pesakit kanak-kanak OKU yang berada di sekitar Kota Bharu berulang alik menjalani sesi fisioterapi atau pemulihan carakerja di Hospital USM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *