KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 16 Mac 2021 – Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini. Turut hadir dalam kunjungan ini Pengarah IQSB, En. Che Din bin Mustapa dan anggota pengurusan IQSB.
Dalam pertemuan ini, Pengurus Besar mewakili IQSB menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang mengenai cadangan pembinaan struktur telekomunikasi yang telah dikenalpasti di Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara IQSB dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.
        Mungkin imej 4 orang, orang duduk dan orang berdiri

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KEPADA MADRASAH TAMAN TELOK BARU

Selasa, 2 Februari 2021 – IQSB pada hari ini telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Madrasah Taman Telok Baru. Sumbangan ini bagi tujuan untuk menampung kos-kos pembaikan di madrasah tersebut.
Pada majlis ringkas ini, sumbangan CSR IQSB telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dan juga Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali, pihak Madrasah pula diwakili oleh Imam serta Ahli Jawatankuasa madrasah.
Pengerusi Eksekutif dalam amanat ringkas berharap aktiviti seperti ini dapat terus dijalankan pada setiap masa dengan harapan IQSB bukan hanya berjaya dalam industri telekomunikasi tetapi juga berjaya dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat-rakyat yang memerlukan.

SERAHAN TAPAK BARU DI MASJID MUKIM HUTAN CHENGAL, PASIR MAS.

Selasa, 12 Januari 2021 – Alhamdulillah pada hari ini satu lagi serahan tapak baru (Lamp Pole setinggi 30 meter) kepada pihak WEBE di Masjid Mukim Hutan Chengal, di Jajahan Pasir Mas yang dengan ini menjadikan keseluruhan 329 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, semoga membawa manfaat kepada semua insyaallah.
WEBE
ED6347
MASJID MUKIM HUTAN CHENGAL
6.0795011, 102.1917115
Status: Handover 12/1/21
Tiada penerangan foto disediakan.           Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri dan luar        Imej mungkin mengandungi: langit, awan, pokok dan luar