SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KEPADA MADRASAH TAMAN TELOK BARU

Selasa, 2 Februari 2021 – IQSB pada hari ini telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Madrasah Taman Telok Baru. Sumbangan ini bagi tujuan untuk menampung kos-kos pembaikan di madrasah tersebut.
Pada majlis ringkas ini, sumbangan CSR IQSB telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dan juga Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali, pihak Madrasah pula diwakili oleh Imam serta Ahli Jawatankuasa madrasah.
Pengerusi Eksekutif dalam amanat ringkas berharap aktiviti seperti ini dapat terus dijalankan pada setiap masa dengan harapan IQSB bukan hanya berjaya dalam industri telekomunikasi tetapi juga berjaya dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat-rakyat yang memerlukan.