HANDOVER TAPAK BARU DI KG PERANGKAP

Khamis, 8 Oktober 2020 – Pada hari ini satu lagi penyerahan tapak baru kepada Webe di Masjid Kg. Perangkap, menjadikan keseluruhan 325 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

WEBE
ED6346 MASJID KG PERANGKAP
6.0821252, 102.1846503
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: luar  Imej mungkin mengandungi: langit dan luar  Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'KKK KYORITSU DIGITAL EARTH TESTER MODEL $105A 1.20 PRESS CE 20009 2005 209 EARTHVOLTAGE OFF TEST FUNCTION'

KUNJUNGAN HORMAT IQSB KE IBU PEJABAT NEGERI, SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM KELANTAN)

Ahad, 17 Safar 1442H / 5 Oktober 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bandar Baru Tunjong.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar IQSB, Tuan Haji A’sri Che Ali dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Kelantan. Pada kunjungan ini juga diadakan perbincangan dan pertukaran pendapat bagi melancarkan semua perancangan serta pengurusan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini, selaras dengan matlamat SKMM di peringkat persekutuan.

Didoakan semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.