Latar Belakang

Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) adalah sebuah anak syarikat  milik Permodalan Kelantan Berhad (PKB) iaitu salah sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

IQSB mula beroperasi pada 23hb Januari 1997 dan mula bergiat aktif pada awal tahun 2001. Pada tarikh 27hb Oktober 1997, Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi konsesi kepada syarikat IQSB untuk membuat ‘Common Trenching’. Pada Tarikh 4hb Disember 1997 pula, Kerajaan Negeri memberi hak pembinaan ‘Common Tower’ di Kelantan kepada syarikat IQSB.

IQSB mengorak langkah lebih jauh apabila telah dilantik oleh KerajaanNegeri Kelantan sebagai badan penyelaras yang berkhidmat untuk menguruskan perancangan, pelaksanaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur telekomunikasi di negeri Kelantan atau lebih dikenali sebagai ‘One Stop Agency’ (OSA) yang bermula pada tarikh 2hb Oktober 2003.

Sebagai ‘One Stop Agency’, IQSB bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua menara-menara telekomunikasi yang dibina di seluruh negeri Kelantan mematuhi garispanduan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kerajaan Negeri.

Kini IQSB pasti akan mengorak langkah lebih jauh sebagai pemangkin utama perkembangan sektor telekomunikasi yang berwibawa di Malaysia. Selaras dengan perkembangan jalur lebar yang menggunakan kabel gentian optik sebagai medium penghantaran, IQSB, bercadang untuk melibatkan diri dengan membekal, menyedia, mengurus dan menjual jalur lebar melalui kabel gentian optik. Ianya bertujuan menyokong program pengembangan rangkaian terutamanya permintaan penambahan kapasiti bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G  Wimax jalur lebar ke seluruh negeri Kelantan.

VISI

Menjadi penyedia telekomunikasi terunggul di dalam industri

MISI

Menyedia liputan menyeluruh bagi pengguna selular di seluruh negeri

MOTO

Menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia