HANDOVER TAPAK BARU DI KG PERANGKAP

Khamis, 8 Oktober 2020 – Pada hari ini satu lagi penyerahan tapak baru kepada Webe di Masjid Kg. Perangkap, menjadikan keseluruhan 325 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

WEBE
ED6346 MASJID KG PERANGKAP
6.0821252, 102.1846503
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: luar  Imej mungkin mengandungi: langit dan luar  Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'KKK KYORITSU DIGITAL EARTH TESTER MODEL $105A 1.20 PRESS CE 20009 2005 209 EARTHVOLTAGE OFF TEST FUNCTION'

KUNJUNGAN HORMAT IQSB KE IBU PEJABAT NEGERI, SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM KELANTAN)

Ahad, 17 Safar 1442H / 5 Oktober 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bandar Baru Tunjong.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar IQSB, Tuan Haji A’sri Che Ali dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Kelantan. Pada kunjungan ini juga diadakan perbincangan dan pertukaran pendapat bagi melancarkan semua perancangan serta pengurusan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini, selaras dengan matlamat SKMM di peringkat persekutuan.

Didoakan semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Penyerahan 2 Tapak Baru Milik IQSB kepada Webe Digital Sdn Bhd

Khamis, 1 Oktober 2020 – Pada hari ini dua lagi penyerahan tapak baru kepada Webe di Taman Guru dan Tawang, menjadikan keseluruhan 324 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

WEBE
ED6604
TAMAN GURU
5.8954921, 102.2508274
Status: Handover

WEBE
ED6599 TAWANG
6.124454, 102.326831
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: langit, awan, kasut dan luar   Imej mungkin mengandungi: 1 orang, luar

Tiada penerangan foto disediakan.

 

Sambutan Awal Muharram & Gotong Royong Majlis Asyura 1442H

Khamis, 10 September 2020 – Bertempat di perkarangan pejabat Infra Quest Sdn Bhd, telah berlangsungnya acara tahunan IQSB iaitu Majlis Asyura sempena menyambut bulan Muharram 1442 Hijrah. Majlis yang dimulakan seawal jam 4 pagi telah berjaya menghasilkan 3 kawah bubur Asyura dan ianya diagihkan kepada penduduk setempat dan juga dibahagikan kepada semua kakitangan.

Penganjuran aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan demi menghasilkan bubur Asyura yang enak.

 

 

 

 

 

Taklimat anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri Kelantan

Isnin, 7 September 2020 – Infra Quest Sdn Bhd telah dijemput untuk menghadiri taklimat anjuran Bahagian Kerajaan Tempatan Kerajaan Negeri Kelantan bagi membincangkan beberapa cadangan pembangunan telekomunikasi bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Taklimat telah dipengerusikan oleh YB. Dr. Haji Izani Bin Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan.

Semoga segala perancangan ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan memberi manfaat kepada rakyat insyaallah.

 

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, meja dan dalam

 

Imej mungkin mengandungi: 2 orang

Penyerahan 3 Tapak Baru Milik IQSB kepada Webe Digital Sdn Bhd

Khamis, 13 Ogos 2020 – Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Penyerahan tiga (3) tapak baru (Webe Digital Sdn Bhd) yang menjadikan keseluruhan struktur telekomunikasi ke-322 hakmilik Infra Quest Sdn Bhd.

Semoga dengan pembinaan struktur baru ini dapat memacu ekonomi negeri dan memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan.

WEBE
ED6607
Kg Lubok Rotan Tawar
5.796903, 102.132647
Status: Complete.

WEBE
ED6598
Padang Guchil
5.793301, 102.143530
Status: Complete.

WEBE
ED6344
Kg Kenjong
6.004750, 102.181000
Status: Complete.

 

Imej mungkin mengandungi: luar dan alam    Imej mungkin mengandungi: langit dan luar

Imej mungkin mengandungi: langit, luar dan alam

Lawatan Kerja Ke Gua Musang

Khamis, 9 Julai 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa tapak cadangan pembinaan struktur telekomunikasi di sekitar Gua Musang, Kelantan.

Selain itu, kami juga melakukan kunjungan hormat ke Majlis Daerah Gua Musang serta Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang bagi membincangkan beberapa rancangan kerjasama antara dua hala dalam Jajahan Gua Musang. Turut serta dalam lawatan ini Tn Hj Saufi Abdul Razak (Pengarah Ascii Line Sdn Bhd)

Semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

 

 

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang berdiri dan luar

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, langit, awan, pokok, luar dan alam Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, langit, awan, pokok, luar dan alam

Kunjungan Hormat Daripada Felcra Berhad

Khamis, 25 Jun 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd menerima kunjungan Felcra Berhad HQ Kuala Lumpur, rombongan yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Nassir, General Manager (Land & Survey) Felcra Berhad hadir bagi perbincangan penyelarasan kerjasama berkaitan infrastruktur telekomunikasi antara kedua-dua pihak dan peluang-peluang baru yang mungkin boleh diterokai pada masa hadapan.

Pihak kami mengucapkan terima kasih atas usaha ini, semoga hubungan erat dua hala ini dapat diteruskan dan membawa manfaat kepada semua.