KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT

TUMPAT, 16 Mac 2021 – Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali hadir ke Pejabat Ketua Jajahan Tumpat dalam satu sesi kunjungan hormat ke atas Ketua Jajahan Tumpat yang diadakan pada pagi ini. Turut hadir dalam kunjungan ini Pengarah IQSB, En. Che Din bin Mustapa dan anggota pengurusan IQSB.
Dalam pertemuan ini, Pengurus Besar mewakili IQSB menzahirkan ucapan tahniah di atas perlantikan Tuan Haji Rusydee bin Abdullah sebagai Ketua Jajahan Tumpat yang baharu. Selain itu, kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk berbincang mengenai cadangan pembinaan struktur telekomunikasi yang telah dikenalpasti di Jajahan Tumpat serta merangka kerjasama antara IQSB dan Jajahan Tumpat pada masa akan datang.
        Mungkin imej 4 orang, orang duduk dan orang berdiri

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KEPADA MADRASAH TAMAN TELOK BARU

Selasa, 2 Februari 2021 – IQSB pada hari ini telah menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada Madrasah Taman Telok Baru. Sumbangan ini bagi tujuan untuk menampung kos-kos pembaikan di madrasah tersebut.
Pada majlis ringkas ini, sumbangan CSR IQSB telah disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif, Tuan Haji Ab Aziz Yunus dan juga Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali, pihak Madrasah pula diwakili oleh Imam serta Ahli Jawatankuasa madrasah.
Pengerusi Eksekutif dalam amanat ringkas berharap aktiviti seperti ini dapat terus dijalankan pada setiap masa dengan harapan IQSB bukan hanya berjaya dalam industri telekomunikasi tetapi juga berjaya dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada rakyat-rakyat yang memerlukan.

SERAHAN TAPAK BARU DI MASJID MUKIM HUTAN CHENGAL, PASIR MAS.

Selasa, 12 Januari 2021 – Alhamdulillah pada hari ini satu lagi serahan tapak baru (Lamp Pole setinggi 30 meter) kepada pihak WEBE di Masjid Mukim Hutan Chengal, di Jajahan Pasir Mas yang dengan ini menjadikan keseluruhan 329 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, semoga membawa manfaat kepada semua insyaallah.
WEBE
ED6347
MASJID MUKIM HUTAN CHENGAL
6.0795011, 102.1917115
Status: Handover 12/1/21
Tiada penerangan foto disediakan.           Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri dan luar        Imej mungkin mengandungi: langit, awan, pokok dan luar

SERAHAN TAPAK BARU DI PANGKAL CHUIT, MACHANG, KELANTAN.

Khamis, 10 Disember 2020 – Alhamdulillah pada hari ini satu lagi serahan tapak baru kepada Webe di Pangkal Chuit, Machang yang menjadikan keseluruhan 328 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, semoga membawa manfaat kepada semua insyaallah.
   Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, kasut dan luar               Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, kanak-kanak dan luar

SERAHAN TAPAK BARU DI MASJID BATU 8 DAN MUKIM MASJID LALANG

Selasa, 27 Oktober 2020 – Alhamdulillah pada hari ini dua lagi serahan tapak baru kepada Webe di Masjid Batu 8 dan juga di Mukim Masjid Lalang, menjadikan keseluruhan 327 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, semoga membawa manfaat kepada semua insyaallah.

WEBE
ED6353 MASJID BATU 8
6.018083,102.239045
Status: Handover

WEBE
ED6341 MUKIM MASJID LALANG
6.070907,102.102511
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: langit, rumah dan luar

Imej mungkin mengandungi: langit dan luar

Imej mungkin mengandungi: luar

 

 

LAWATAN SKMM KE SITE PULAU RAJA, TUMPAT.

Sabtu, 24 Oktober 2020- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan tinjauan kualiti liputan telekomunikasi di tapak Menara Komersil, Site Pulau Raja, Tumpat dan telah diberi taklimat oleh Infra Quest Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengurus Besar, Tuan Haji A’sri bin Che Ali.

Kami mengucapkan terima kasih kepada SKMM atas perhatian dan sokongan yang berterusan untuk kemudahan rakyat Kelantan amnya.

Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri, topi dan luar Imej mungkin mengandungi: satu orang atau lebih, orang berdiri dan luar

 

HANDOVER TAPAK BARU DI KG PERANGKAP

Khamis, 8 Oktober 2020 – Pada hari ini satu lagi penyerahan tapak baru kepada Webe di Masjid Kg. Perangkap, menjadikan keseluruhan 325 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd di negeri Kelantan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

WEBE
ED6346 MASJID KG PERANGKAP
6.0821252, 102.1846503
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: luar  Imej mungkin mengandungi: langit dan luar  Imej mungkin mengandungi: teks yang berkata 'KKK KYORITSU DIGITAL EARTH TESTER MODEL $105A 1.20 PRESS CE 20009 2005 209 EARTHVOLTAGE OFF TEST FUNCTION'

KUNJUNGAN HORMAT IQSB KE IBU PEJABAT NEGERI, SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM KELANTAN)

Ahad, 17 Safar 1442H / 5 Oktober 2020 – Pada hari ini Infra Quest Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bandar Baru Tunjong.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengurus Besar IQSB, Tuan Haji A’sri Che Ali dan telah disambut oleh Tuan Haji Abdul Mubin Mohd Zain, Pengarah SKMM Kelantan. Pada kunjungan ini juga diadakan perbincangan dan pertukaran pendapat bagi melancarkan semua perancangan serta pengurusan pembangunan infrastruktur telekomunikasi di negeri ini, selaras dengan matlamat SKMM di peringkat persekutuan.

Didoakan semoga usaha dan perancangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT.

Penyerahan 2 Tapak Baru Milik IQSB kepada Webe Digital Sdn Bhd

Khamis, 1 Oktober 2020 – Pada hari ini dua lagi penyerahan tapak baru kepada Webe di Taman Guru dan Tawang, menjadikan keseluruhan 324 tapak infrastruktur telekomunikasi hakmilik Infra Quest Sdn Bhd.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

WEBE
ED6604
TAMAN GURU
5.8954921, 102.2508274
Status: Handover

WEBE
ED6599 TAWANG
6.124454, 102.326831
Status: Handover

Imej mungkin mengandungi: langit, awan, kasut dan luar   Imej mungkin mengandungi: 1 orang, luar

Tiada penerangan foto disediakan.

 

Sambutan Awal Muharram & Gotong Royong Majlis Asyura 1442H

Khamis, 10 September 2020 – Bertempat di perkarangan pejabat Infra Quest Sdn Bhd, telah berlangsungnya acara tahunan IQSB iaitu Majlis Asyura sempena menyambut bulan Muharram 1442 Hijrah. Majlis yang dimulakan seawal jam 4 pagi telah berjaya menghasilkan 3 kawah bubur Asyura dan ianya diagihkan kepada penduduk setempat dan juga dibahagikan kepada semua kakitangan.

Penganjuran aktiviti ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan demi menghasilkan bubur Asyura yang enak.