Kunjungan Hormat Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK ke IQSB

Pada 25 Februari 2024, telah berlangsung Majlis Kunjungan Hormat Dato’ Sr. Haji Zamri Bin Haji Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK ke IQSB.
Turut mengiringi Ybhg. Dato’ adalah Timbalan KPEK (HEK) En Ahmad Nazri Bin Ismail, Pengurus Kanan PSM PKINK, Tuan Muhammad Faizal bin Tuan Sulaiman.
IQSB mengucapkan terima kasih atas kesudian Ybhg. Dato’ KPEK bertandang ke IQSB. Semoga segala amanat dan nasihat yang diberikan dapat memberi motivasi kepada semua anggota IQSB.

SAMBUTAN ULANGTAHUN IQSB KE-27

Tanggal 23 Januari 2024 genap 27 tahun penubuhan syarikat Infra Quest Sdn Bhd.
Pada hari ini semua anggota IQSB meraikan ulangtahun ke-27 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dato’ Sr Haji Zamri Bin Haji Ismail merangkap Pengarah Eksekutif IQSB.
Didoakan IQSB terus berjaya dalam memangkin ekonomi di negeri ini.

IQSB SUMBANGKAN VAN KEPADA HOSPITAL USM, RINGANKAN BEBAN PESAKIT PEDIATRIK OKU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Januari 2024 – Prihatin dan cakna dengan kesukaran pesakit kurang berkemampuan khususnya golongan orang kurang upaya (OKU) mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), IQSB berbesar hati menyumbang sebuah van kepada Hospital USM melalui Persatuan Alumni Doktor Universiti Sains Malaysia (PADU).

May be an image of 17 people, hospital and text

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Mantan Presiden PADU, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah kepada Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan disaksikan oleh wakil IQSB En Abdul Muhaimin Abdullah dan En Azmadi Omar.
Van bernilai RM186,500 itu merupakan sumbangan Infra Quest Sdn. Bhd. bertujuan membantu meringankan beban pesakit pediatrik (kanak-kanak) OKU dalam kalangan B40 untuk datang mendapatkan rawatan di Hospital USM.
Van tersebut telah diubah suai untuk kegunaan pesakit kanak-kanak OKU yang berada di sekitar Kota Bharu berulang alik menjalani sesi fisioterapi atau pemulihan carakerja di Hospital USM.